dinayulida
March 9th 1980  (Age 32)
Female
Tjg Malim
   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


When u think of yourself...don't think you're perfect
Just think that you will never perfect but always want to get ur'self perfect...

Bila 2 jiwa bertemu kerana Allah
Bila 2 jiwa merindu kerana Allah
Berpisahnya tiada gelisah
Ukhwah itu indah
Jika bila bertemu dan berpisahnya adalah kerana Allah


Friends :



Izan's online shop

Izan's friendster

Mc na's blog

Am's blog

Moony's blog

K Kesuma's blog

Aura@Za'ba's blog

Aizam's blog

MyAlbum

TinkapJohari @Izane



Image hosting by Photobucket




cartoon

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Aug 9, 2009
SaKIT Mata, H1N1, Chicken Pox

 

Macam anak ina, anak aku pun dpt penyakit yg sama sbb letak dekat nursery yg sama...2 miinggu kot sebelom cuti H1N1 pada 30hb Ogos 2009 hr tu anak aku kena sakit mata. Dua2 si Aina dengan si Adib. Aduhhh...nasib baik tak teruk sgt

Pahtu jangkit lak dgn aku. Aku sambung cuti...dah EL jaga anak...aku sekali kena pulak. Nasib kena hari jumaat...so aku EL Jumaat, n sambung cuti hari ahad. Aku kena teruk gak, siap bengkak n merah lagi..sampai tak leh nak pakai cermin mata. Meraba lah aku kerabunan. Doktor pulak takmo bg mc, pasal aku pegi klinik hari sabtu...dia kata hari sinin maybe dah baik, so dia takyah bg mc. Hari Isnin tu mata aku masih merah lagi...tapi aku malas dah nak pi klinik tu byk kali nak amik mc gak...aku g jek lah opis. Doktor cakap, jangkitan bukan sbb kita tengok mata org yg sakit mata...tu mitos semata. Dia ckp akan berjangkit bila cecair mata yg sakit tu kena tangan kita, dan kita pun pegang mata kita pulak. So aku tak risau lah nak g opis dgn mata merah dgn syarat aku jgn sentuh org lah.

Habis sakit mata, demam, batuk selsema pulak.Aku dah tak larat nak EL...hantar jek lah anak2 aku g nursery..walaupun kesian dia dok merengek taknak berenggang dgn kita....pahtu tut tut cuti HIN1 pulak. UPSI tutup seminggu.

Cuti H1N1 seminggu aku balik lah ampang. Husband aku keja walaupun aku cuti, tapi takper lah dia g keja dr ampang, opis dia kat sg buloh tu. Dok ampang, baik ler sikit demam,batuk n selsema anak2 aku. Aku balik Tjg Malim semula pada 4hb iaitu hari Selasa. Ada sehari g cuti H1N1 nak habis. Aku pun hantar lah anak ke nursery pasal aku nak kena g buat urusan bank.

Hantar sehari jek kat nursery..balik2 rumah dah kena chicken pox pulak si aina...kesian betul dia. Nasin Adib tak kena.Aku pun EL lagi lah ni dpd hari Jumaat minggu lepas samp hari ni hari Isnin. Tu tah samp bila plak aku nak kena EL ni. Tak leh hantar depa g nursery, nnt kang jangkit dgn bebudak lain plak. Doktor kata penyakit ni, lepas 3 hari baru dia akan mengjangkiti org lain. Tu yg aku dok terfikir mesti ada mak bapak yg hantar jugak anak dia yg dah kena penyakit ni ke nursery walaupun dah 3 hari anak dia kena. Tu yang berjangkit tu. Tu d'org ni kan mementingkan diri sendiri jek. EL jek lah mcm aku ni. Takpun hantar ler anak tu balik kg ke...tumpang rumah jiran ke, atau apa2 aja lah, janji jgn ler hantar kat nursery..kesian berjangkit kat budak lain. Klu budak jek takper..kang dah jangkit dgn mak bapak sekali...bukan ke lama nak kena cuti tu.

Dah ler klu cuti jaga anak sakit tak leh dpt mc, kena EL. Bila EL rekod kita buruk pulak. Pahtu sambung plak dgn cuti sakit kita lak jangkit. Bp lama nak cuti tu? Keja melambak kat opis.  Nak salahkan sapa ni?

Nasib chicken pox ni aku dgn husband aku dah penah kena. Jadi risiko nak jangkit tu payah sikit. Aku husband aku cuti dia dah tader lak tu, nak tak nak aku ler kena jaga anak2 yg sakit ni....nak bergilir dgn dia pun tak leh...huhu

 

 


Posted at 11:16 pm by dinayulida
Comment (1)  

 
Jul 5, 2009
Ingat berpantang tu Honeymoon ke?

Masa aku cuti berpantang selama 60 hari, mesti ramai ingat cuti berpantang tu best kan. Boleh berehat2 selama 60 hari, sambil gaji kita masuk.

Sebenarnya nampak jek macam best. Klu aku berpantang, aku tak tau lah org lain kan, kena ikut rule mak aku.

1) Kena bertungku dua kali sehari, pg sekali, ptg sekali. Biasa aku bertungku dalam pukul 9 utk sesi pg dan pukul 5.30 ptg utk sesi ptg. Tungku tu dah ler panas giler. Naik melecur tangan dan perut aku.

2) Aku kena pakai barut/bengkung. Tak boleh bukak bengkung tu kecuali utk mandi shj. Dengan panas, rimas, berpeluh, gatal dan susah nak bergerak sbb sebahagian peha pun ditutupi dgn bengkung.

Gi satu susah nak bergerak jugak masa minggu pertama sbb luka masih segar lagi. So rasa pedih tu masih ada. Tambahan lagi klu kena sakit rengat. Tu klu darah kotor byk sgt dlm perut. Dia belum habis kuar lagi. Bila dia merengat tu, rasa mcm nak terberanak lagi sekali jek. Sakit oiiii. Nak mebuang air besar pun rs ngeri.

3)Mandi boleh sekali sehari sahaja. Dah siap bertungku, mandi dan pakai barut, baru boleh makan dan minum. Kdg2 kering tekak aku, sbb pukul 12 tghr baru aku boleh breakfast. Sbb selain uruskan diri aku pagi tu, aku kena uruskan anak2 sekali. Maksudnya kena mandikan dan tidorkan budak2 dulu. Nasib baik anak yg sulong depa tolong uruskan.

Mandi sekali sehari, kena pulak klu musim panas, rs mcm cacing kepanasan lah aku tak boleh mandi.

4) Kena pakai stokin 24 jam,baju lengan panjang, kain batik dan tido kena selimut. Tak boleh pasang kipas kuat2. Nnt masuk angin katanya.

5) Bab makan, mak aku tak la straight sgt. Aku boleh mkn mcm biasa kecuali mkn menda2 sejuk, angin dan tajam.

6) Malam2 pulak, bukannya boleh tido lena. Baby aku suka berjaga malam dan melalak. Time org jaga(siang) dia tido. Time org tido(malam) dia jaga. Klu berjaga saja takper, ni siap melalak mintak org layan dia. Dah ler aku ni penakut berjaga malam-malam sorg2. Kadang2 tu ada gak bunyi yang pelik2. Aku wat bodoh jek lah.

Aduh..mmg tak cukup tido. Siang2 pulak, aku tak boleh nak tido, sbb cuaca panas sgt. Lagi pulak, baby aku pun suka menangis klu org tak henjutkan buai dia. Klu buai tu tak bergerak dia panas.

7) Tak cukup dgn tu, dah ler kena berjauhan dgn suami. Kadang-kadang tu rindu lah jugak.

8) Pahtu aku dalam pantang, mak bapak aku tak kasi keluar rumah pun. Tak boleh jejak tanah pun. Takot ada menda menegur lah kononnya. Bosannya duduk dalam rumah jek.

Tu lah serba sedikit pengalaman dalam pantang. Jangan korang ingat senang. Huhu. Aku tak sabar nak merdeka dpd berpantang dan kemabali bekerja. Lagi best rasanya. Sekang aku dah nak masuk 3 minggu dah bekerja semula.....wahhh..nikmatnya


Posted at 11:34 pm by dinayulida
Make a comment  

 
May 15, 2009
Apa yg best, apa yg tak best...14/05/2009

Ermm...berpantang kali ni...lebih kurang cam dulu gak. Dok jenderak,
umah mak. Rutin, uruskan anak, tengok tv, mkn dan tido..hehehe..

Aku bernasib baik, sbb bila aku dlm pantang jek, selalu ASTRO ngah
siarkan raja lawak. Pahtu bila raja lawak habis, ada akademi fantasia
lak. Mujur dlm pantang, dapat ler tengok beria sikit pasal aku tak yah
wat koje rumah sgt. Klu kat umah sendiri, payah ler sikit.Sibok nak urus
anak, laki dan rumah.

Hemphhh...cakap pasal Akademi Fantasia yg ke 7 ni aku suka. Peserta2 dia
best2 daripada yang akademi fantasia ke 6 dulu. Jauh beza..seme peserta
dia best n ada karekter tersendiri. Aku suka, Akim, Aril, Aisyah, Isma, Yazid
dan seme lah...Paling suka kisah Akim dgn Aishah. Konon si Akim ni minat
kat Aishah..tapi Aishah dah ada pakwe. Suka tengok gelagat d'org. Dua2
cute n kisah d'org cam romantik jek. Teringat masa zaman2 aku bercinta
kat sekolah dulu. Dua2 tu baru umur 18 tahun..ala2 cinta remaja lah.Aril
plak aku suka karekter nakal dia. Isma lak, cam ala2 siti.Suara,perwatakan
dan muka ada iras2 siti, yazid lak kelakau selamba jek,muka nampak cam berutal,
tapi alahai, kelakar.Aku betul2 tengok AF ni siap dgn diari dia start
dpd AF6, pahtu AF7 lah. Dulu aku pelik gak nape org boleh tengok AF sampai
nangis2. Sbb masa aku tengok AF6 tu, tader perasaan pun nak nangis. Dah
lah tak best pun. Tapi bila tengok AF7 ni, baru aku terasa bestnya. Sampai
masa Aril keluar, aku pun sampai nak menitip gak air mata mengenangkan per-
sahabatan d'org tu kan....

Pahtu klu pantang masa aina dulu, aku suka tengok citer indon, tajuk Puteri
Yang Terbuang, pukul 5.00 ptg kat Astro Prima (siaran ulangan,patutnya pkl 9 mlm).
Best citer tu. Kali ni aku layan citer Sepanyol lak pukul 3.30 ptg kat TV3. Tajuk
LALOLA. Citer ni kisah pasal s'org kasanova yg suka mainkan hati pompuan yg telah
disantau oleh salah seorang pompuan yg penah ditiduri dan ditinggalkan begitu
sahaja oleh lelaki ni. Nama watak lelaki ni...Lalo. Tapi bila dia telah ditukarkan
menjadi pompuan, dia guna nama Lola. Citer dia kelakar.Tengok kehidupan dia sbg
pompuan yg cantik. Camner dia nak sesuaikan diri.Lagu tema dia pun best.
Aku ingat nak cari kat internet nanti.Pahtu ptg pukul 6.30 aku layan citer Matahari.
Best gak.

Bosan dlm pantang ni. Dok jek kat umah wat menda sama. Tapi lama2 aku rasa mcm sekejap pulak
hari2 yg aku lalui. Hari ni dah hari yg ke 34. Lebih kurang 10 hr jek lagi nak habis
pantang.

 


Posted at 04:00 am by dinayulida
Make a comment  

YANG PERTAMA PERMATA HATI, YANG KEDUA PENGIKAT KASIH....12/05/2009

 

Rasanya baru jek lagi aku menulis pasal experience aku beranak sulong. Kali ni aku nak menulis
pasal beranak kali kedua plak.Kekekke...mcm tak caya jek..

Ni lah aku nak citer experience kedua...jauh berbeza dpd pengalaman pertama. Aku sepatut
due pada 8/4/2009. Aku dah balik kg 27/3/2009 lagi sbb ada kenduri kawan pejabat husband
aku kat jenderak selatan. Aku tunggu punya tunggu nak sakit bersalin, tapi...sakit tu sakit,
tapi sakit main2 jek. Kdg sakit, kdg tak. Sampai hr due date pun, sakit dia masih camtu.
Nurse klinik desa jenderak utara suruh aku g klinik Kuala Krau klu aku tak beranak lg pada
8/4 tu. Aku tak g lagi 8hb tu. Ingat nak g 9hb sbb takot 8hb tu sakit. Aku malas nak masuk
wad awal, bosan...

So, tunggu2 8hb tak beranak gak. Aku pun g lah klinik kuala krau pada 9hb. Pg2 kena marah plak
dgn nurse yg agak tua sikit. Kerek jek. Dia kata, klu nurse srh pegi 8hb, g lah ikut tarikh.
Aku diam jek, malas nak layan kerenah nurse tu, biar dia penat bebel sorg2.Bebel jek, check akunya
tak jugak.

Pahtu ada nurse lain yg check aku, nurse ni baik sket. Dia srh aku g sepital temerloh terus, pasal
kat kuala krau tu doktornya cuti, tak leh nak check baby ok ke tak. Dia takot risiko jek. Pasal
klu ikut prosedur dia betoi, klu tak beranak lagi, seminggu selepas tarikh due baru leh masuk wad,
dgn pengesahan doktor anak tu ok lah dlm perut.

So,aku pun g lah hospital temerloh.Aku dah bajet masuk wad jek...dah siap bwk baju aku n baby siap2
dah. Senang. Sampai jek labor room, lama lah dia check itu ini, termasuk seluk2, scan dan dengor
jantung baby. Doktor yg seluk2 tu baik giler, lembut jek. Tapi doktor yang scan tu mcm hampas.
Tah dia hangin kat sapa tah, habis seme patient dia marah. Dah lah cakap mcm gengster, pahtu siap tendang2
kerusi lagi. Muda lagi orgnya...Dr Maimun kot nama dia. Aku geram nak sound jek doktor tu...aku nak sound,
tak leh ckp elok2 ke dgn patient...klu kot tensen pun, dia mana leh wat perangai camtu.Aku pun keja
kerajaan gak....

Pahtu dah siap check, aku kena masuk wad. Masuk lah Kenanga 5, masuk tu hari khamis. Dapat kengkawan 4 org
katil sebelah2 kat situ.Masing2 dgn masalah masing2 lah. Katil sebelah tu, air ketuban tak cukup,kati dpn lak
anak tak gerak dgn sebelah lagi kencing manis dgn darah tinggi.Tidolah kat wad..Aku dah call husband kata kena
masuk wad tapi tak tau g bila nak bersalain.Husband aku pun terus amik cuti balik phg.Sera salah gak aku nak srh
dia balik, pasal cuti dia dah ler sikit. Pagi jumaat tu Dr biasa pkl 6 dah dtg check, pahtu dlm pukul 10 tu,
dr pakar lak dtg. Check2 kata aku kena induce. Nak masuk ubat ptg. Pahtu tut, tut lps makan tengahari nurse
dah panggil utk masuk ubat. Disuruh aku kencing dulu. Aku dgn budak yg kencing manis tu kena masuk ubat.
Dia masuk ubat, aku kena masuk belon. Mula2 aku tak tau cemana rupanya belon tu...penah dengar org masuk belon
tapi tak tau camner rupernya. Mcm tiub tu masuk kat situ. Lepas masuk belon aku tido..rs ngatuk sgt. Ptg tu dah
start rs merengat2 perut aku...husand aku dtg melawat ptg tu. Tepat pukul 7...dah keluar darah. Aku ingat bila dah
kuar darah tu dah boleh turun labor room. Rupernya kena tunggu belon tu sampai jatuh dulu. Kekkeke

Hari tu sebenarnya ada 2 trip yg masuk ubat dgn belon, trip pagi tu  masuk pukul 7 pg..dan trip ptg tu masuk pukul
1. Jadi ada dkt 20 org yg induce lah. Yg trip pagi tu dah ada yg turun labor room dan malam tu ada lah 2-3 org yg
dah selamat bersalin. Malam tu..geng yg trip pkl 1 dgn beberapa org lagi yg geng trip pagi yg lom beranaka lagi, seme
sakit merengat...seme tak leh tido. Sakit lah sgt...rs mcm nak beranak sgt dah. Seme dok merayap dlm wad pasal tak
leh tido. Seme dok menahan sakit. Dekat pkl 3, baru sorg2 masuk tido.Husband2 k'org plak dah geng sesama d'org. Seme
pakat lepak kat cafe n tido dlm kereta..kekkekek

Pagi tu, nurse kejutkan kami dlm pukul 5 lebih.Katanya doktor nak dtg check jln pukul 6 pg. Sekali dengor2 doktor lelaki
yg bertugas. Seme lemah semangat. Tapi nak masuk labor room punya pasal..lantak lah.Tunggu punya tunggu, alih2 doktor
tertido sbb sebelom tu dia ada operation org beranak. Pukul 7 lebih baru dia dtg wad. Masuk masuklah kami sorg demi sorg
utk doktor lelaki tu check jalan. Malunya lah. Yang paling kelakar masing2 punyalah suka dpt baju pink tu, tandanya dapat
turun labor room. Mcm dapat anugerah plak. Seme dah tak sanggup nak tahan sakit merengat yg tak sudah tu. Aku pun berjaya
dpt baju pink tu...lega rs. Dah bukaan masing2 lebih kurang jek seme...dlm 3cm. Pahtu nurse srh kami bersiap..kena marah lagi
sbb seme belom mandi. Patutnya ada nurse gerak pkl 4 srh kami mandi...tapi tader pun, mana kami tau. Then kami disuruh
berak, dia dah masukkan ubat berak kat punggung kami. Disuruh mandi dan makan sarapan dulu.

Dan dan dah siap, labor room lak penuh...aduhhh...3 org jek yg lepas pegi. Hangin jek. Pahtu tunggu lagi..samp sakit pun dah
hilang pulak. Pahtu aku dah give up dah. Kesian kat husband aku dok tido dlm keta dah dua mlm. Aku dh message dia srh balik
rumah mak dulu..maybe lambat g aku beranak.pahtu aku tido...dlm pkl 12 tghr nurse gerak aku srh siap nak turun labor room. Aku call
husband aku, nasib dia tak balik lagi.

Wahh, ingat masuk labor room dah lega ke...masuk2 aku dah rs tak konfiden, sbb dah tak sakit dah, cemana nak beranak. Rupernya
prosedur induce tu lom habis lagi....doktor masuk n pecahkan ketuban aku. Sakit gak dia seluk n korek.Pahtu d'org masukkan air.
Pahtu sakit tu mula dtg semakin kerap dan semakin sakit....punyalah lama aku menanggung. Dpd pukul 12 tu sampai ke pukul 7 mlm.
Nurse yg jaga aku lak bebudak praktikal...muda2 lagi. Nasiblah jugak. Boleh ler aku demand sikit. Aku mengiring lah, kekadang
angkat kaki, kadang aku suh depa naikkan penyandar kerusi. Klu nurse betul, mampus aku kena bebel. Husband aku ada lah teman kat
sebelah. Air masuk sampi 4 tabung. Sakit giler lah, rs mcm kena siat2 kulit ni. Baby plak bleh tido dlm perut. Mcm mana nak
kuar. Asyik tido jek.

Dah sakit sgt aku suh bbudak practical tu panggil nurse...dah bape kali depa seluk, masih belum bukak beso lagi jlnnya. Pahtu
bolehlah pulak sorg budak praktikal ni...nak try seluk, dah ler time tu aku tengah sakit giler..dia boleh main try2 plak..hangin
jek rs. Pahtu dekat pukul 7 tu dah bukak 8cm 1/2..aku dah tertahan dah sakit sgt, nurse tu kesian tengok aku, dia cocok pulak
kat punggung kata utk cepatkan bukaan rahim dan kurangkan sakit. Pahtu dah dalam pukul 7 tu aku dah tak kira, dah tak tahan nak
meneran sgt dah...pahtu barulah doktor dgn nurse betul dtg...aku pun start teran, 2-3 kali, baby dah kuar....uhhh leganya...
merdeka rsnya. Pahtu kali ni nurse cuci perut aku dan jahit tanpa bius..tapi aku dah tak rs sgt dah kesakitan tu. Tak lah
sampai kena gigit kain mcm yg org selalu citer.

Dah selamat bersalin...aku dah relaks..tertido2 dah sbb ngantuk sgt, dah dua mlm sblom tu tak tido. Penat manahan sakit
lagi selama lebih kurang 8 jam. Aku menyusu pun mcm tak menyusu..mamai..siap mengigau2 lagi...mcm terbayang2 lagi
kesakitan 8 jam tu. Dekat pukul 10 mlm, barulah aku dihantar masuk wad. Satu mlm g husband aku tido dlm keta...kesian dia.

Tu lah..kisah beranak anak kedua aku...mcm2 hal...Lahirlah Adib Fahri Shahril dgn berat 3.4 kilo...beso tu...bertuahnyer
anak..hehehhe


Posted at 03:51 am by dinayulida
Make a comment  

 
Mar 12, 2009
Rasa hangin gak.....
Ermmmmphhhhh...nak mengeluh panjang2...tau berdosa mengeluh...tapi tak lah ....

Aku, suami dan anak-anak....

Aina sakit lagi, sakit biasa lah, demam, batuk n selsema. Baru jek baik dah kena lagi. Hari minggu lepas sempena cuti Maulidur Rasul, aku n pemili balik Ampang. Nak g umah uwan jauh suami aku. Konon2 nak belikan kerusi malas utk dia. Uwan jauh tu asyik sakit pinggang dan lutut, sbb asyik duduk atas kerusi kayu.

Rumah dia byk kucing...bukan aku tak suka g rumah dia lama2. Bukan jugak aku tak suka kucing....tapi rumah dia tu kecik, rumah flat 2 bilik, pahtu kucing byk....di mana2 ada bulu kucing, bau najis kucing dan air kencing dia. Aku tak kisah, tapi kesian Aina lah. Aina tu dah ler suspek lelah...didedahkan lama2 dgn udara yg tak bersih mcm tu....mana budak tu tak batuk n selsema. Kenapa itu pun ayah dia tak leh pikir. Kaang aku cakap kang, ayah dia terasa lak....entah ler, payah gak

Pahtu alih2 aku lak yang disalahkan budak tu batuk teruk. Dia kata aku tak hantar toto ke dobi....mcm aku sorg jek yg pegang tanggungjawab tu ....dah ler aku ni dah sarat 9 bulan...nak bergerak pun payah...dia suruh2 lak kita ke sana ke mari.....arggghhhhh....tensen n geram.

Satu g kes yang wat aku geram ialah pasal keta Sutera tu...yg suka mengaum dan mati enjin. Aku nak bwk balik phg g servis center dia. Tu pun payah nak bawak balik keta tu....agaknya dia nak tunggu aku dgn anak2 eksiden dulu baru dia sebok nak baiki keta sutera tu ker,,,,,tak tau ler.

Malas aku nak ngumpat2 laki sendiri ni...tapi tu lah..sekadar nak luahkan rasa hati jek....



Posted at 12:03 am by dinayulida
Make a comment  

 
Feb 25, 2009
PeTuA OrAnG tUa UnTuK aNaK cEmErLaNg

1) Waktu Maghrib

-Tutup semua pintu,tingkap dan tv sembahyang jemaah satu pemili.

- Elok klu ayah mengajar anak mengaji dan solat.

-selalu puji anak2 utk buat menda baik.

2) Pukul 9 malam

- masuk tido dan tutup lampu. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Jangan amalkan tido dpn tv. Kerana masa nak tido adalah waktu otak anak2 sgt aktif menerima ilmu baru. Terutama umur anak antara 2-7 thn. Jadi elok waktu nak tido tu, dibacakan zikir, selawat atau kisah2 nabi.

- elakkan dpd tido memegang alat mainan.

- tido elok mengiring ke kanan atau meniarap supaya oksigen senang masuk dlm otak.

- enaman selepas solat subuh dan berdoa agar kesihatan anak2 terjaga.

- selalu ceritakan apsal syurga dan neraka, anak2 cepat mendengar.

- ibu bapa jgn terlalu meninggi suara, tetapi hendaklah tegas dlm mendidik anak2

3) Pemakanan anak2

-masak makanan sendiri lebih bagus, kerana air tangan kita masuk dlm makanan yg kita masak untuk anak2. Semasa membasuh beras bacalah selawat dan berdoa : Ya Allah,ya Tuhanku sebagaimana bersihnya beras ini, bersihkanlah jiwa anak-anakku. Semasa kacau beras, kacaulah ikut lawan putaran jam dan berdoa lagi, Ya Allah, ya Tuhanku selembut mana nasi ini, Engkau lembutkanlah hati anak2 ku.

-Selalu buat sup utk anak2 tapi jgn selalu bg sup ayam sbb ayam skrg byk cucuk hormon.

- Dalam sup letakkan 2 jenis sayur. Jarangkan guna kacang2 sbb angin utk baby.

- bykkan daun salad,daun sup, tauhu,kentang carrot, dan variasikan menu anak2.

- ajarkan doa makan kepada anak.

- biasakan gunakan bekas kaca atau stainless steel. Kerana tapeware byk bhn kimia.

- ELAKKAN MAKANAN RINGAN SPT COKELAT DAN GULA DAN JAJAN. Bhn2 ini menyebabkan kurang oksigen dlm otak dan anak jd perengus.

- Bykkan minum jus yg dibuat sendiri terutama jus pegaga dan carrot. Elok pegaga yg ditanam sendiri. Minum setiap pagi sebelum mkn menda lain.

4) Masa di dalm kereta on the way ke nursery, baca bersama2 dgn anak al-Fatihah, ayat Qursi dan selawat ke atas nabi. Supaya hati anak2 lembut dan tidak degil.

5) Jaga perkataan yg ibu bapa keluarkan daripada mulut. Ckp menda2 elok supaya anak2 tidak mengikut kata2 tak elok.

6) Permainan, carilah permainan yg membina minda. Bykkan mainan tradisional. Mainan paling murah dan boleh mengurangkan stress  anak2 ialah mengoyakkan kertas, melukis dan gunting2  kertas dan main tanah liat.

7) Selalu cium dan peluk anak2 terutama anak2 yg terdahulu, kerana bila dia dpt adik, selalu anak yg terdahulu akan kekurangan kasih sayang.

 


Posted at 10:48 pm by dinayulida
Make a comment  

Mahukan Anak2 Anda Cemerlang dan Beriman?

Minggu lepas, hari Sabtu 21/02/2009, nursery Aina ada buat kursus Tips Ke Arah Kanak-kanak Cemerlang. Aku join lah sbb nak tuntut ilmu keibubapaan. Byk yg boleh aku dpt dpd Umi Ju. tokei taska tu lah. Umi Ju ni bagus gak, dia byk ilmu dlm menjaga anak2. Aku selalu mintak nasihat dia, pasal anak aku si Aina ni spesel sikit. Bukan apa, spesel selalu sakit, demam, batuk, selsema, byk ragam, sensitip lah. Samp moyang dia labelkan dia tuan puteri byk songeh...hehheheh

Ni lah aku nak kongsi sikit2 ilmu yg aku dpt dgn kengkawan yg baca blog aku.

1) Anak-anak cemerlang ni mesti start daripada dlm kandungan lagi. Menda nak kena buat ms dlm kandungan :

a) Ibu mengandung ni kena jaga mkn. Jgn makan makanan haram, nnt anak jd anak derhaka.

b) Hendaklah sentiasa berdoa agar anak yg dikandung itu anak yg baik.

c)Membaca ayat2 Quran tertentu :

- Surah Maryam, utk dapatkan anak perempuan yg baik.

- Surah al-Luqman utk anak pintar dan soleh

- Surah Muhammad - supaya anak sentiasa dikenang dan disenangi oleh manusia lain.

- Sentiasa berzikir supaya anak yg dikandung sempurna sifatnya.

2) Setelah anak dilahirkan

a) ibu perlu mengambil makanan yang baik dan halal terutama ketika ibu menyusukan anak.

b) tanggungjawab mendidik anak-anak tdk diserahkan bulat2 pada nursery atau sekolah.

c) umur 7 tahun dah boleh suruh solat,puasa dan bercakap baik.

umur 10 tahun dah boleh dipukul klu tak solat.

d) Ajarkan anak doa utk ibu bapa.

e)selalu buat solat hajat utk lembutkan hati anak.


Posted at 10:37 pm by dinayulida
Make a comment  

 
Feb 13, 2009
Mengimbau Kenangan...

Minggu lepas kami satu keluarga demam....lama pulak  tu....

Start Sabtu dan Ahad tu kami pindah semula ke rumah blok A 112 sbb kebocoran dah dibaiki dan rumah pun dah cat. 2 ke 3 minggu sebelum tu kami kena pindah ke rumah blok A 101 utk sementara. Pahtu penat tak hilang lagi, dah kena pindah balik rumah lama. Nasib tak angkat seme barang, angkat baju, brg dapur, toileteries, tilam dgn sedikit kabinet jek.

Tapi bayangkan, dah ler aku peknen 7 bulan, husband pulak baru baik dpd patah eksiden...aduh, mmg seksa lah. Tu belom masuk nak angkut aina ke sana ke mari lagi. Takkan nak tinggal budak cenonet tu, meraung lah dia jawabnya. Kecuali dia ngah tido lah.

Pahtu lepas pindah tu, aku terus demam selama 3 hari. Isnin, Selasa dan Rabu, sekali dgn batok dan selsema. Pahtu pakwe pulak samb berjangkit hari rabu tu. Sampai Selasa baru ni. Hari Rabu baru dia start keja. Jadi cuti 3 hari sempena Thaipusam kami dok umah jek. Rasa bosan lah pulak sbb pekwe asyik tido jek. Asalnya kami plan nak g KL nak shopping kipas meja dgn blender, tapi sbb demam, aina pun jangkit gak lepas tu, terpaksa ler dok umah jek.

Bila dah dok umah tu, aku termengimbau kenangan2 lalu, kenangan masa bercinta, kenangan masa mula2 kawin, masa mula2 dapat anak dan kenangan masa jaga husband kat hospital waktu dia eksiden tu.

Bila fikir2 balik, byk sgt dugaan yg kami dah lalui. Contoh macam eksiden tu, mcm tak percaya kami dah laluinya. Macam tak percaya jek. Husband aku pun dah nak masuk 3 minggu dah dia kerja. Alhamdullillah lah, walaupun dah tak sesempurna dulu.


Ni time raya puasa husband terlantar kat sepital, nasib mak dgn engku bawak aina dtg tengok ayah dgn mama dia...huhu..sedih giler time ni..cry

Tapi macam sekang ni dah byk yg berubah sejak nak masuk 2 tahun anniversary kami...


Posted at 04:12 pm by dinayulida
Make a comment  

 
Jan 27, 2009
Samb macam-macam dah jadi...

Lepas letak anak kat kg...bleh lah aku concentrate jaga husband. Kami menunggu prosidure yg sepatutnya dilakukan oleh pihak hospital Telok Intan utk merawat kaki husband aku...tunggu punya tunggu punyalah lama. Nk kena g wat CT Scan lah kat ipoh..kena tunggu 2 hari, pahtu nak kena operatenya tak tau pulak bila....maybe seminggu lagi ke...Husband aku pulak asyik kejang jek pulak kaki dia...kesian aku tengok dia...

Last2 kami bincang utk guna insurance prudential yg dia amik masa thn 2004 tu....kami guna medical card tu utk pindah hospital swasta kat ampang. Amik terus Ampang puteri, pasal klu nak pindah GH kt KL takot prosidure dia sama jek mcm kat telok intan ni ha..lambat nak mampos...

Lepas gedebuk gedebak dgn prosedur insurans dan prosedur pindah sepital...dpt ler kami pindah ke ampang puteri...naik ambulan private..punya ler laju...puas hati lah gak dgn servis dia..pasal rega nya pun rm1000 lebih..sampai2 kat ampang puteri, alhamdullillah seme prosidur berjalan cepat. Cuma dok wat jek lama sket sampai 21 hari...ni pasal hoapital swasta mmg suka thn org lelama sbb dia nak claim insurans byk....waduh2 aku dah naik bosan doh dok hospital...makanan dia tak sedap, sbb ala2 cam masakan hotel gitu...sedap lg makanan dkt GH...

Pahtu husband aku ni...dia dah sakit, mcm2 pulak perangai dia buat...kdg2 mcm budak kecik buat peel pun ada. Aku dok menahan sabar jek lah...menahan dan melayan kerenah dia...sampai rs nak bunuh diri pun penah ada...mcm nak tejun bangunan jek...time aku terinsap tu..aku g surau..tenangkan diri, baca quran...

Besar sungguh dugaan Tuhan...dah lah hati aku meronta2 rindu kat aina sofia kat kg....husband lak wat perangai yg menyakitkan hati...tapi dek kerana sayang aku pada dia...aku tabahkan hati ini. Boleh katakan hampir setiap hari aku menangis. Tu belom kisah beraya kat hospital lagi tu....yg patutnya raya tahun 2008 ni adalah giliran raya kat rumah mak bapak aku kat phg...sapa tak sedih...uwwaaaa...cry

Aku cuba ikhlaskan hati aku utk jaga husband..aku pasang niat elok2...aku rs bersyukur sbb aku dapat jaga dia time2 camni...cuma kekadang perangai dia yg byk songeh tu yg buat aku hilang sabar dan keikhlasan aku tu tergugat....Kesengsaraan aku berakhir separuh apabila masuk minggu ketiga doktor membenarkan kami keluar wad...gembiranya aku rs..mcm bebas dpd penjara jek. Cuma separuh lagi kesedihan yg belom pulih sbb aku tak dibenarkan amik aina sofia dpd kg lagi...sbb suami aku perlukan perhatian lagi...utk dia menjadi lebih kuat. 3 minggu dia dok umah kat tjg malim, aku dah start keja.....sekali lagi kesabaran tergugat dgn kerenah dia di rumah pulak....dah ler aku dah start keja...penat2 kat opis...balik rumah ada org buat hal pulak....hari2 lagi aku menangis...

Lepas 3 minggu, br g appointment doktor, then lebih kurang sebulan dia kena pegi fisio pulak 3 kali seminggu. Time ni dia dok umah mak dia kat ampang, cuma ujung minggu jek dia balik tjg malim....tinggal ler aku sorg2 kat tjg malim. Awan gelap belom berarak lagi..aku kesunyian kat rumah terkenang anak dan suami yg jauh di mata...aku hr2 nangis lagi....bila time dia balik tjg malim n nak balik ampang semula..aku rs berat jek nak lepaskan...sedih sgt...

Lepas dlm 1/2 bulan camtu...raya haji br bln 12 2008 tu kami balik phg amik aina sofia yang amat kami rindui....br terubat sket luka di hati ni...then husband masih lagi fisio di ampang sehingga 16/01/2009 br habis fisio...dan dia start keja pada 19/01/2009 kira2 seminggu yg lalu....Baru ler tenang sket hidup aku sekarang....

Tapi tu lah kuasa Tuhan..aku dpt byk pengajaran dpd peristiwa ini, kesabaran, erti kasih sayang sebenar, kesetiaan, menghargai org yg kita sayangi dan tolak ansur.

Untuk aina sofia...mama akan lebih menyayangimu.....kesian anak mama kena tinggal kat kg....mama akan ganti balik seme kasih sayang mama yg hilang dlm masa tu utk aina sofia walaupun nnt aina sofia dah dapat adik...mama takkan abaikan anak mama ni...insyaallah....


Posted at 06:32 pm by dinayulida
Make a comment  

 
Dec 20, 2008
Macam-macam Dah Jadi....

Aku pregnant lagi....bila aku dapat tau masa bulan 7 2008. Masa tu Aina Sofia baru lebih kurang 5-6 bulan umur dia....terkejut gak...berlaku secara eksiden...tapi dah rezeki...terima aja lah...

Then when i got morning sickness cam biasa samp 3 bulan pregnancy...selalu gaduh dgn husband pasal aku tak larat nak wat keja2 rumah dan melayan aina sofia dan husband pulak rs terabai....aduh..hr gak kami bergaduh, mesti ada jek something slack setiap hari.....

Tiba2 dalam bulan puasa..kami sekeluarga dapat ujian besar, husband terlibat dgn eksiden...20 Ramadhan...dia keja ulang alik daripada Tanjong Malim ke Sungai Buloh setiap hari naik motor..Mula-mula drive kereta..pahtu sebab minyak naik, terpaksa naik motor sbb nak jimat. Then hari tu hari Sabtu dia keja separuh hari...balik keja tu lah dia kena. Dia terlanggar keta yang benti kat emergency lane...tak perasan sbb hr tu panas terik, silau ...tiba2 sedar keta dah depan mata...rempuh aja lah. Akibatnya tulang pinggul kiri dia patah, dan tulang kat pergelangan tangan kiri pun patah. Aku masa tu tengah tunggu dia balik keja dan dah siap packing sbb nak balik ampang...lama aku tunggu dia tak balik2. Ingat dia ada keja urgent nak kena settle so tak leh balik on time. Aku call henset dia tak dpt.Hati dah terdetik risau. Pahtu ada satu no 018 call henset aku, tapi tak angkat. Aku ingat budak melaun yg langgar keta aku last 2 week yg call utk mintak duit ehsan dia....aku biar dan siap off henset lagi.

Tak sangka lak yg call org yg tolong husband aku masa eksiden.Husband aku dah dihantar ke Klinik Tjg Malim. Dan ptg tu no 018 tu naik lagi dlm pukul 5.30 ptg..aku angkat. Terkejut lah dah dia kata husband aku eksiden dan dah dihantar masuk Hospital Slim dah. Aku dgn gelabahnya angkut Aina pegi Sepital Slim, dah tak hirau dah mkn utk bukak poser. Lepas dekat 2 jam tunggu husband aku dlm emmergency room, d'org kata nak hantar dia ke hospital Telok Intan dlm pkl 9.30 mlm. Lagi lah aku gelabah, mcm mana aku nak angkut aina malam2 buta ke telok intan...Lagi sedih bila call kawan2 terapat utk mintak bantuan, d'org seme tader kat tjg malim. Maklum lah hari Sabtu..seme ada program masing2 kan...

Aku call mak mertua, dia setuju dtg jugak mlm tu, tapi lambat sket lah...aku kata dtg rumah aku lah, then pagi2 esok baru sama2 pegi hospital teluk intan...aduh hati aku risau teramat nak lepas husband sorg2 naik ambulace ke Hospital telok Intan.

Keesokan pagi aku dan mertua sama2 ke Hosp telok intan dan satu lagi dugaan buat aku...husband tak bagi aku balik tjg malim, sedangkan aku sehelai sepinggang.Pahtu aku tiba2 terpaksa berpisah dgn aina. Mak mertua bwk aina balik utk dikirimkan ke phg rumah mak aku. Kena letak aina sementara kat situ supaya aku leh concentrate jaga husband.....aduh...sedihnya hati...Bersamb...


Posted at 06:24 am by dinayulida
Comment (1)  

Next Page